----- Original Message ----
From: alternatif2007 <alternatif2
...@yahoo.com>
To: IndianMalaysianRig
...@yahoogroups.com
Sent: Thursday, April 24, 2008 9:22:14 PM
Subject: [IndianMalaysianRights] Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar
Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang -
Anwar
Nabila Abdullah
Thu | Apr 24, 08 | 2:20:44 pm MYT
PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik
diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan
tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua
Pembangkang! ", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan),
Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.
Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan
mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan
dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.
"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup
untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa
pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada,"
ujarnya.
Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah
menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan
meninggalkan BN.
"Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita
bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir
secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus
terburu-buru" , katanya.
"Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah",
katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau
kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan
mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.
Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan
menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.
Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan
nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan
sokongan parti.
Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya
dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.
Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka
bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya.
"Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong
Pakatan Rakyat," katanya./wann.
__._,_.___
Messages in this topic (1)
Reply (via web post) |
Start a new topic
Messages | Files | Photos | Links | Database | Polls | Members | Calendar
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group
|
Yahoo! Groups Terms of Use |
Unsubscribe
Recent Activity
1
New Members
Visit Your Group
Yahoo! News
Fashion News
What's the word on
fashion and style?
Best of Y! Groups
Check it out
and nominate your
group to be featured.
Earth Day 2008
Get things and
get things for free.
Find out how.
.
__,_._,___
___________________________________________________________________________ _________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ