----- Original Message ----
From: alternatif2007 <alternatif2
...@yahoo.com>
To: IndianMalaysianRig
...@yahoogroups.com
Sent: Thursday, April 24, 2008 9:19:59 PM
Subject: [IndianMalaysianRights] Pelik yang dicabul pula yang meminta maaf
Pelik yang dicabul pula yang meminta maaf
Akhirnya semua selesai. Sipelapor telah menarik balik laporan
polisnya, manakala tertuduh barangkali tersenyum lega.
Asalnya kita difahamkan seorang ahli Parlimen yang digugurkan
sebagai Menteri kabinet baru-
baru ini dalam keadaan mabuk telah mencabul kehormatan seorang
pelayan di sebuah "lounge" hotel lima bintang berhampiran Jalan Tun
Sambanthan. Beliau dikatakan telah meraba tubuh wanita berkenaan
tanpa kerelaan wanita itu.
Walaubagaimanapun semalam wanita berkenaan "tanpa dipaksa atau
disogok" telah menarik balik laporan polis itu. Apa alasannya:
"She was sensitive and moody at the time of the incident" menurut
The Star. Beliau menambah telah kenal bekas menteri dari Pahang itu
lebih 5 tahun dan kononnya bekas menteri itu sering bergurau senda
dengannya tanpa apa-apa niat jahat.
Kata beliau lagi:
When he jokes, he sometimes likes to touch my shoulder or arms but
it is something that I accepted as normal among friends especially
those we have known for a long time.
Apabila beliau berjenaka, beliau sering akan memegang bahu dan
lengan saya, tetapi saya rela kerana ia sesuatu yang biasa terutama
bagi kawan lama.
Apakah semua menteri dan bekas menteri Umno berperangai sebegini?
Tidakkah ini mengambil kesempatan atas mereka yang tidak berupaya,
tidakkah ini suatu bentuk "sexual harrasment"? Saya harap NGO Wanita
tidak akan membisu dan menyepi diri dalam hal ini!
Wanita itu turut menambah lagi:
She was used to the VIP's jokes and "rough ways" and had never
objected to his actions nor felt offended by it previously.
Beliau telah biasa dengan jenaka VIP berkenaan dan "cara-cara
kasarnya" namun tidak pernah sebelum ini menolaknya atau berasa
tersinggung.
Akhirnya menurut laporan The Star, wanita itu menyatakan
kekesalannya kerana membuat laporan polis terhadap bekas menteri
berkenaan.
Tidakkah menteri ini tahu akan batas pergaulan antara seorang Muslim
dengan Muslim yang lain yang bukan mahram? Atau memang itu sudah
menjadi amalan biasanya? Yang saya hairan menteri "kurang ajar" itu
tidak pun memohon maaf tetapi wanita yang dipegang, disentuh dan
diraba olehnya itu pula yang meminta maaf!
Saya harap kes ini tidak berakhir dengan begitu sahaja. Pihak polis
perlu menyiasat adakah wanita ini diugut atau disogok untuk menarik
balik laporan ini, jika laporan ini palsu, demi menjernihkan imej
dan nama baik bekas menteri itu, wanita inilah yang sepatutnya
didakwa!
Posted by roslan sms
__._,_.___
Messages in this topic (1)
Reply (via web post) |
Start a new topic
Messages | Files | Photos | Links | Database | Polls | Members | Calendar
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group
|
Yahoo! Groups Terms of Use |
Unsubscribe
Recent Activity
1
New Members
Visit Your Group
Yahoo! News
Fashion News
What's the word on
fashion and style?
All-Bran
Day 10 Club
on Yahoo! Groups
Feel better with fiber.
Weight Loss Group
on Yahoo! Groups
Get support and
make friends online.
.
__,_._,___
___________________________________________________________________________ _________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ